Segala kemahiran dan pengetahuan yang telah kami pelajari dalam kelas Teknologi dalam Pendidikan Islam, kami cuba aplikasikan untuk membantu salah seorang guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Kami telah menyediakan bahan bantu belajar berasaskan teknologi untuk membantu guru tersebut.
Di bawah disediakan slide yang berkaitan dengan maklumat guru tersebut iaitu nama, sekolah, tajuk yang sukar diajar serta sebab sukar diajar.
Untuk BAHAN BANTU MENGAJAR Kami telah menyediakan slide power point untuk membantu guru tersebut dalam subjek Pendidikan Islam, bidang Ibadah dalam tajuk Solat Jamak dan Qasar beserta set induksi yang lengkap serta formula yang memudahkan pelajar untuk mengenalpasti perbezaan antara solat jamak takdim dan solat jamak takhir.
Semoga apa yang telah kami sediakan ini dapat membantu para guru yang lain untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
terima kasih atas perkongsian ilmu.... mohon halalkan penggunaan...
ReplyDelete