Wednesday, 10 December 2014

PENGALAMAN DI BANDUNG


Assalamualaikum...

Kali ini kami ingin berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman kami sepanjang mengikuti lawatan ke Bandung, Indonesia sempena program STUDENT EXCHANGE PROGRAMME (EDUCATIONAL VISIT) antara Universiti Malaya (UM) dan Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia (UIN SGD) anjuran Sarjana Muda Pendidikan Islam Tahun 4, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Lawatan ini diadakan selama seminggu iaitu dari 10-16 November 2014. Tujuan utama lawatan ini dijalankan ialah untuk mengetahui atau mendalami sistem pendidikan di universitas tersebut baik dari segi pengurusan, pentadbiran mahupun dari segi teknologi yang digunakan di sana. Bilangan pelajar yang mengikuti program tersebut adalah seramai 55 orang dan seorang pensyarah.



Peserta-peserta  program STUDENT EXCHANGE PROGRAMME (EDUCATIONAL VISIT)

Antara pengalaman menarik yang boleh kami kongsikan sepanjang berada di sana antaranya ialah kami dapat menjalani sendiri TERAPI SENGAT LEBAH yang mana ianya bertempat di Pesantren Al-Quran Babussalam, Bandung. Perkara yang paling teruja ialah apabila kami diberi peluang mencedok pengalaman disengat lebah. Menurut pengurus terapi lebah tersebut, beliau menjelaskan bahawa terapi ini dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti redung, sakit jantung, migrain, kanser dan sebagainya. Kami melakukan sendiri sengatan lebah di tangan kanan masing-masing.


Rumah lebah atau tempat lebah mengeluarkan madunya.


Berkesempatan untuk memegang lebah yang sedang mengeluarkan madunya.


Terapi lebah yang dilakukan kepada pemilik pesantren Babussalam.

Selain itu, pengalaman yang menarik sepanjang lawatan ke Bandung ialah pengalaman yang mendebarkan iaitu ketika berada dalam situasi di mana kami berada di dalam bas untuk bergerak ke UIN dalam keadaan lalu lintas yang sangat teruk dan sesak.. Dalam keadaan jalan yang sempit dan tidak sekata, Alhamdulillah kami sampai juga di destinasi yang dituju dengan selamat walaupun mengambil masa kira kira 1 jam untuk sampai di UIN walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Jika dibandingkan, kesesakan jalan raya di bandung 3x ganda kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur.




Kesesakan jalan raya di waktu pagi.

Selain itu, perkara yang menarik perhatian kami sepanjang berada di sana ialah apabila melihat pelajar-pelajar UIN yang asyik mengulangkaji pelajaran dan membuat perbincangan bersama rakan-rakan di kaki-kaki lima. mereka begitu asyik menelaah tanpa menghiraukan orang raai yang lalu lalang di laluan tersebut. mereka tidak menunggu untuk mempunyai ruang belajar yang mewah yang selesa, baru unigin belajar. kaki lima pun sudah cukup bagi mereka gunakan untuk membuat perbincanagan tentang pelajaran. Jauh berbeza dengan UM yang begitu mewah, sentiasa dihidangkan dengan sesuatu yang selesa dan sempurna. Mempunyai student centre, ruang belajar yang jauh lebih baik daripada mereka tetapi sayangnya nilai ketekunan dan kerajinan pelajar UM tidak mampu menandingi mereka.


Tempat bukan halangan untuk mencari ilmu.

Hati kecil kamai juga begitu tersentuh apabila melewati pengalaman semasa berada di madrasah miftahul falah. Anak-anak seusia 7, 8 tahun sudah dididik untuk berdikari. Menyediakan sendiri makanan untuk waktu rehat dalam cuaca panas membahang. Jauh sekali berbeza dengan suasana persekolahan di Malaysia, mempunyai kantin yang luas, selesa dan dihidangkan pula dengan makanan yang sedap-sedap, sedangkan kanak-kanak di pesantren ini dari kecil belajar erti kesusahan. terbit rasa keinsafan dan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah atas rezeki yang melimpah ruah selama ini.





Anak kecil ini menyediakan makanan sendiri sambil diperhatikan oleh peniaga.

Dari segi pengalaman yang boleh dimanfaat dalam konteks Teknologi Pendidikan Islam, apa yang boleh kamai nyatakan berkaitan teknologi pendidikan ialam di sana (UIN) tidaklah jauh berbeza daripada Malaysia. Pelajar di sana juga menggunakan powerpoint dalam perbentangan kertas kerja mereka. Namun yang menariknya, satu perkara yang berbeza ialah mereka menggunakan CCTV semasa kelas micro teaching berlangsung yang mana sepanjang kelas itu berlangsung, pensyarah tidak perlu berada di dalam kelas tersebut untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) micro teaching berlangsung, memadai dengan hanya melihat CCTV. Akan tetapi, di Pesantren-pesantren di sana, teknologi jarang digunakan, mungkin keran faktor kewangan atau bilangan pelajar yang terlalu padat.

Itulah sedikit sebanyak kisah atau pengalaman kami sepanjang kami berada di bumi bandung. Semoga diberi kesempatan untuk kami ke sana lagi.

No comments:

Post a Comment