Jom kenali kami……
Blog ini adalah salah satu wadah ilmu untuk berkongsi ilmu bersama guru-guru terutamanya guru pendidikan islam. Dalam blog ini terdapat tugasan- tugasan sepanjang kami belajar bersama ustazah salina busrawi dalam subjek teknologi pendidikan islam. Untuk mengenali ustazah salina dengan lebih lanjut, anda semua boleh singgah di laman http://ustazahlina.blogspot.com/
Pengisian dalam blog yang kami cipta adalah berkaitan dengan tajuk haid bagi wanita. Kami juga memfokuskan situasi di mana wanita yang sedang haid ketika menunaikan ibadah haji dan umrah dan cara mengatasi dan apa tindakan yang perlu dibuat ketika menghadapi situasi tersebut.
Selain itu, blog ini juga terdapat beberapa perkara berkaitan tajuk haji dan umrah bagi wanita berhaid. Kami memurnikan tajuk ini dalam pelbagai bentuk supaya anda semua dapat memahami dengan sedalam dalamnya… disini juga terdapat beberapa tugasan yang perlu kami lakukan iaitu seperti set induksi, slide dalam powtoon, video berkaitan tajuk haid, bahan bantu mengajar yang lengkap, kuiz berkaitan haid di musim haji, dan sebagainya..
Jadi anda semua boleh terus melayari blog kami kerana banyak input input yang menarik berkaitan haji dan umrah bagi wanita berhaid.. Dan segala persoalan yang bermain di minda anda mungkin akan terjawab apabila anda melayari blog kami ini…
No comments:
Post a Comment