Thursday, 11 December 2014

PENGENALAN KUMPULAN

DARI MATA TURUN KE HATI

Jom kenali kami……



Blog ini adalah salah satu wadah ilmu untuk berkongsi ilmu bersama guru-guru terutamanya guru pendidikan islam. Dalam blog ini terdapat tugasan- tugasan sepanjang kami belajar bersama ustazah salina busrawi dalam subjek teknologi pendidikan islam. Untuk mengenali ustazah salina dengan lebih lanjut, anda semua boleh singgah di laman  http://ustazahlina.blogspot.com/

Pengisian dalam blog yang kami cipta adalah berkaitan dengan tajuk haid bagi wanita. Kami juga memfokuskan situasi di mana wanita yang sedang haid ketika menunaikan ibadah haji dan umrah dan cara mengatasi dan apa tindakan yang perlu dibuat ketika menghadapi situasi tersebut. 

Selain itu, blog ini juga terdapat beberapa perkara berkaitan tajuk haji dan umrah bagi wanita berhaid. Kami memurnikan tajuk ini dalam pelbagai bentuk supaya anda semua dapat memahami dengan sedalam dalamnya… disini juga terdapat beberapa tugasan yang perlu kami lakukan iaitu seperti set induksi, slide dalam powtoon, video berkaitan tajuk haid, bahan bantu mengajar yang lengkap, kuiz berkaitan haid di musim haji, dan sebagainya.. 

 Jadi anda semua boleh terus melayari blog kami kerana banyak input input yang menarik berkaitan haji dan umrah bagi wanita berhaid.. Dan segala persoalan yang bermain di minda anda mungkin akan terjawab apabila anda melayari blog kami ini… 



 RESUME AHLI KUMPULAN

Wednesday, 10 December 2014

PENGALAMAN DI BANDUNG


Assalamualaikum...

Kali ini kami ingin berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman kami sepanjang mengikuti lawatan ke Bandung, Indonesia sempena program STUDENT EXCHANGE PROGRAMME (EDUCATIONAL VISIT) antara Universiti Malaya (UM) dan Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia (UIN SGD) anjuran Sarjana Muda Pendidikan Islam Tahun 4, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Lawatan ini diadakan selama seminggu iaitu dari 10-16 November 2014. Tujuan utama lawatan ini dijalankan ialah untuk mengetahui atau mendalami sistem pendidikan di universitas tersebut baik dari segi pengurusan, pentadbiran mahupun dari segi teknologi yang digunakan di sana. Bilangan pelajar yang mengikuti program tersebut adalah seramai 55 orang dan seorang pensyarah.



Peserta-peserta  program STUDENT EXCHANGE PROGRAMME (EDUCATIONAL VISIT)

Antara pengalaman menarik yang boleh kami kongsikan sepanjang berada di sana antaranya ialah kami dapat menjalani sendiri TERAPI SENGAT LEBAH yang mana ianya bertempat di Pesantren Al-Quran Babussalam, Bandung. Perkara yang paling teruja ialah apabila kami diberi peluang mencedok pengalaman disengat lebah. Menurut pengurus terapi lebah tersebut, beliau menjelaskan bahawa terapi ini dapat merawat pelbagai jenis penyakit seperti redung, sakit jantung, migrain, kanser dan sebagainya. Kami melakukan sendiri sengatan lebah di tangan kanan masing-masing.


Rumah lebah atau tempat lebah mengeluarkan madunya.


Berkesempatan untuk memegang lebah yang sedang mengeluarkan madunya.


Terapi lebah yang dilakukan kepada pemilik pesantren Babussalam.

Selain itu, pengalaman yang menarik sepanjang lawatan ke Bandung ialah pengalaman yang mendebarkan iaitu ketika berada dalam situasi di mana kami berada di dalam bas untuk bergerak ke UIN dalam keadaan lalu lintas yang sangat teruk dan sesak.. Dalam keadaan jalan yang sempit dan tidak sekata, Alhamdulillah kami sampai juga di destinasi yang dituju dengan selamat walaupun mengambil masa kira kira 1 jam untuk sampai di UIN walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Jika dibandingkan, kesesakan jalan raya di bandung 3x ganda kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur.




Kesesakan jalan raya di waktu pagi.

Selain itu, perkara yang menarik perhatian kami sepanjang berada di sana ialah apabila melihat pelajar-pelajar UIN yang asyik mengulangkaji pelajaran dan membuat perbincangan bersama rakan-rakan di kaki-kaki lima. mereka begitu asyik menelaah tanpa menghiraukan orang raai yang lalu lalang di laluan tersebut. mereka tidak menunggu untuk mempunyai ruang belajar yang mewah yang selesa, baru unigin belajar. kaki lima pun sudah cukup bagi mereka gunakan untuk membuat perbincanagan tentang pelajaran. Jauh berbeza dengan UM yang begitu mewah, sentiasa dihidangkan dengan sesuatu yang selesa dan sempurna. Mempunyai student centre, ruang belajar yang jauh lebih baik daripada mereka tetapi sayangnya nilai ketekunan dan kerajinan pelajar UM tidak mampu menandingi mereka.


Tempat bukan halangan untuk mencari ilmu.

Hati kecil kamai juga begitu tersentuh apabila melewati pengalaman semasa berada di madrasah miftahul falah. Anak-anak seusia 7, 8 tahun sudah dididik untuk berdikari. Menyediakan sendiri makanan untuk waktu rehat dalam cuaca panas membahang. Jauh sekali berbeza dengan suasana persekolahan di Malaysia, mempunyai kantin yang luas, selesa dan dihidangkan pula dengan makanan yang sedap-sedap, sedangkan kanak-kanak di pesantren ini dari kecil belajar erti kesusahan. terbit rasa keinsafan dan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah atas rezeki yang melimpah ruah selama ini.





Anak kecil ini menyediakan makanan sendiri sambil diperhatikan oleh peniaga.

Dari segi pengalaman yang boleh dimanfaat dalam konteks Teknologi Pendidikan Islam, apa yang boleh kamai nyatakan berkaitan teknologi pendidikan ialam di sana (UIN) tidaklah jauh berbeza daripada Malaysia. Pelajar di sana juga menggunakan powerpoint dalam perbentangan kertas kerja mereka. Namun yang menariknya, satu perkara yang berbeza ialah mereka menggunakan CCTV semasa kelas micro teaching berlangsung yang mana sepanjang kelas itu berlangsung, pensyarah tidak perlu berada di dalam kelas tersebut untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) micro teaching berlangsung, memadai dengan hanya melihat CCTV. Akan tetapi, di Pesantren-pesantren di sana, teknologi jarang digunakan, mungkin keran faktor kewangan atau bilangan pelajar yang terlalu padat.

Itulah sedikit sebanyak kisah atau pengalaman kami sepanjang kami berada di bumi bandung. Semoga diberi kesempatan untuk kami ke sana lagi.

Tuesday, 9 December 2014

DAFTAR SEBAGAI GURU DALAM EDMODO

Berikut merupakan laporan mendaftar sebagai guru dalam EDMODO. Kami perlu menambah seramai mungkin kenalan dan memilih mana-mana komuniti dalam ruangan EDMODO guru tersebut.

LAPORAN AKTIVITI EDMODO

Kami telah diminta membuat laporan berkenaan aktiviti dalam kelas edmodo serta perbincangan dengan rakan guru dari luar negara. Kami menghasilkan laporan tersebut dalam bentuk slide power point dan word agar mudah difahami dan lebih menarik.



PEMURNIAAN SLIDE

Berikut merupakan contoh slide presentation dalam lingkungan tajuk "HAJI DAN UMRAH " dan kami diminta untuk mengkaji kelemahan dan kekurangan slide tersebut.





Setelah dikenal pasti kelemahan dan kekurangan slide tersebut, kami menghasilkan satu slide baru yang memenuhi ciri-ciri slide yang baik.




Berikut merupakan pemurnian slide yang dibuat secara individu


PERANCANGAN BAHAN MULTIMEDIA

Berdasarkan skrip yang telah dihasilkan, kami telah membuat perancangan untuk bahan multimedia. Bahan multimedia yang dihasilkan mempunyai unsur video, grafik, sound dan lain-lain.


KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI DAN PENGARUH : PREZI

Edmodo merupakan salah satu aplikasi yang menghubungkan guru seluruh dunia. Dalam subjek Teknologi dalam Pendidikan Islam , kami perlu menyiapkan pelbagai tugasan yang berkaitan teknologi pada masa kini.
Berikut adalah tugasan yang dibuat oleh kumpulan kami 

TUGASAN 1
( KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI DAN PENGARUH : PREZI )
Kepelbagaian Teknologi dewasa ini berkembang begitu pesat dan mempengaruhi manusia dalam pelbagai bidang hidup. Kami telah mengenalpasti peralatan/aplikasi teknologi yang dapat dimanfaatkan bagi tujuan pendidikan dan dakwah. Berikut adalah ulasan kritikal terhadap cara penggunaannya dalam konteks pendidikan dan dinyatakan kelebihan dan kekurangannya.
Kami sepakat memilih Prezi dan berikut adalah ulasannya.