Sunday, 30 November 2014

Bahan pengukuhan


Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan ialah memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota dan banyak lagi.

Berikut adalah bahan pengukuhan yang dibuat untuk mengukuhkan kefahaman murid berkaitan dengan tajuk IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI WANITA HAID


Saturday, 29 November 2014

Skrip / teks bahan bantu mengajar

Bagi tugasan menulis skrip atau teks bahan bantu mengajar, kami telah menyiapkan satu skrip yang berbentuk soal jawab. Tajuk yang dipilih ialah IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI WANITA YANG HAID . Situasi untuk skrip ini ialah berbentuk program temubual iaitu program realiti TV "TANYALAH USTAZAH " yang terkenal dalam siaran TV9.




 Berikut adalah skrip tersebut.

SIPNOSIS (PENGENALAN )

~ IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI WANITA YANG HAID ~

Jemaah haji wanita Malaysia yang menunaikan ibadat haji sering mengalami masalah yang tidak diduga atau jarang dialami di tanah air, terutama yang berkaitan pendarahan, sama ada haid, istihadah, pendarahan selepas usia atau masalah keputihan. Ia sering berlaku tidak mengikut kebiasaan yang dialami di tanah air. Ini mungkin di sebabkan perubahan cuaca atau keadaan yang menyebabkan tekanan.

Haid merupakan masalah yang utama bagi para jemaah haji wanita. Pelbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan mereka untuk mengelak kedatangan haid ketika berada di tanah suci. Kedatangan haid sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada para jemaah wanita untuk melaksanakan ibadah tersebut. Masalah seperti ini telah dialami oleh Isteri Rasulullah Saidatina Aisyah ra.

Ketika rombongan haji yang dipimpin oleh Rasulullah SAW pada tahun 10 hijrah tiba di Sarif yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari kota Mekah, Saidatina Aisyah ra telah mengalami haid. Beliau sangat risau kerana tidak dapat melaksanakan haji bersama rombongan yang disertai beliau. Apabila masalah ini telah diketahui Rasulullah, Saidatina Aisyah ra telah dipujuk dan di tenangkan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud :

“Ini adalah satu ketentuan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam. Tunaikan hajimu sebagaimana orang lain menunaikannya. Cuma kamu jangan tawaf di Baitullah sehingga kamu mandi (bersuci daripada haid).” (Riwayat Muslim)

Umur wanita yang mengalami menopause tidak ada ketentuan had masa. Mengikut mazhab Imam Syafie, selagi wanita masih hidup, selama itulah mereka didatangi haid pada bila-bila masa sahaja. Umumnya, usia menopause wanita adalah 62 tahun. Sebaliknya, ramai yang sudah putus haid di usia seawal 45 - 55 tahun. Masalah ini bergantung kepada uruf setempat di mana wanita itu menetap.

Menunaikan ibadah haji dan umrah dengan sempurna tanpa gangguan "tamu bulanan " ini adalah impian kaum Muslimah. Memikirkan waktu uzur yang bakal menjelma, selalu menghadirkan rasa bingung kepada bakal hajjah sehingga ada yang berkeinginan untuk mengambil pil atau suntikan menahan haid.

Haid adalah fenomena biasa dalam kehidupan wanita. Kedatangannya pada setiap bulan merupakan satu daripada ciri kewanitaan yang tulen serta lambang kesuburannya. Haid tidak menjadi penghalang kepada wanita daripada mengerjakan semua rukun dan wajib haji atau umrah kecuali tawaf di Baitullah.

Untuk merungkai setiap persoalan berkaitan ibadah haji dan umrah wanita haid ini, kami telah mengupas beberapa soal jawab antara ustazah dan penonton dalam slot ‘ Tanyalah Ustazah ’ berkaitan isu berkenaan.

TANYALAH USTAZAH

~ IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI WANITA YANG HAID ~

     Ustazah : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar semua penonton-    penonton di studio dan di rumah?

        Penonton :Baik. Alhamdulillah.

      Ustazah  :Syukur Alhamdulillah kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu-tetamu-Nya. Hari ini, Alhamdulillah kita bersama lagi dalam rancangan kegemaran ramai yang menjadi ladang pahala kepada semua media iaitu rancangan ‘Tanyalah Ustazah’. Dan hari ini, alhamdulillah, selamat datang diucapkan kepada‘ Biro Helwa, Rukun Tetangga Padang Hiliran, Kuala Terengganu’. Jauh datang bermusafir mencari ilmu, masyaAllah, perjalanan yang penuh barakah. InsyaAllah kita niatkan majlis ilmu kita yang mengambil masa satu jam ini menjadi satu amalan yang soleh dan menjadi penyebab kita masuk syurga di ladang pahala kita. Kita doakan agar dalam masa satu jam ini Allah izinkan supaya kita dapat berbincang tentang tajuk yang cukup penting iaitu‘ Ibadat Haji dan Umrah bagi Wanita Yang Haid’.

      Ustazah : Sebelum kita berbincang mengenai topik ini dengan lebih lanjut, saya ingin tahu  berapa ramaikah penonton di sini yang telah diberi peluang menjadi tetamu Allah  di Baitullah? Alhamdulillah, panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kita antara  hamba-Nya yang telah dipilih lebih awal untuk mengunjungi Baitullah. Dan  InsyaAllah, yang lain-lain akan menyusul dan bakal bergelar hajjah.


   Ustazah : Baiklah. Haid merupakan masalah yang utama bagi para jemaah haji wanita.  Pelbagai ikhtiar dan usaha telah dilakukan mereka untuk mengelak kedatangan  haid ketika berada di tanah suci. Kedatangan haid sedikit sebanyak menjadi  penghalang kepada para jemaah wanita untuk melaksanakan ibadah tersebut.  Masalah seperti ini telah dialami oleh Isteri Rasulullah sendiri iaitu  Saidatina  Aisyah ra. ketika rombongan haji yang dipimpin oleh Rasulullah SAW pada tahun  10 hijrah tiba di Sarif yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari kota Mekah,  Saidatina Aisyah ra telah mengalami haid. Beliau sangat risau kerana tidak dapat  melaksanakan haji bersama rombongan yang disertai beliau. Apabila masalah ini  telah diketahui Rasulullah, Saidatina Aisyah ra telah dipujuk dan di tenangkan oleh  Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud :“Ini adalah satu ketentuan Allah ke  atas anak-anak perempuan Adam. Tunaikan hajimu sebagaimana orang lain  menunaikannya. Cuma kamu jangan tawaf di Baitullah sehingga kamu mandi  (bersuci daripada haid).” (Riwayat Muslim). Umur wanita yang mengalami  menopause tidak ada ketentuan had masa. Mengikut mazhab Imam Syafie, selagi  wanita masih hidup, selama itulah mereka didatangi haid pada bila-bila masa  sahaja. Umumnya, usia menopause wanita adalah 62 tahun. Sebaliknya, ramai yang  sudah putus haid di usia seawal 45 - 55 tahun. Masalah ini bergantung kepada uruf  setempat di mana wanita itu menetap. Menunaikan ibadah haji dan umrah dengan  sempurna tanpa gangguan "tamu bulanan " ini adalah impian kaum Muslimah.  Memikirkan waktu uzur yang bakal menjelma, selalu menghadirkan rasa bingung  kepada bakal hajjah sehingga ada yang berkeinginan untuk mengambil pil atau  suntikan menahan haid..  Haid adalah fenomena biasa dalam kehidupan wanita.  Kedatangannya pada setiap bulan satu daripada ciri kewanitaan tulen serta  lambang kesuburannya. Haid tidak menghalang wanita daripada mengerjakan  semua rukun dan wajib haji atau umrah kecuali tawaf di Baitullah. Haid adalah  sesuatu yang telah ditentukan sejak azali ke atas wanita. Jadi ia tidak boleh  dijadikan sebab tidak sempurnanya ibadah haji. Haid tidak menghalang wanita  menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali tawaf di Baitullah. Itulah sedikit  sebanyak muqadimah yang dapat saya kongsikan. Memandangkan kita sekarang ini  dalam segmen tanyalah ustazah, jadi saya membuka peluang kepada para penonton  untuk mengemukakan soalan. Silakan.

 Penyoal 1 : Assalamualaikum ustazah. Saya Rabiatul Adawiyah Idros dari Biro Helwa, Rukun Tetangga Padang Hiliran, Kuala Terengganu ingin bertanyakan satu soalan yang mana saya tertarik dengan kenyataan ustazah yang menyatakan bahawa haid tidak menghalang wanita menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali tawaf di Baitullah. Soalan saya ialah, apakah seorang wanita yang masih di dalam haid boleh melaksanakan ibadah sa’ie? Sedangkan tempat sa’ie adalah antara Bukit Safar dan Marwah di mana kawasan sa’ie terletak dalam kawasan masjidil Haram.

 Ustazah   : Walaikumussalam Puan Rabiatul Adawiyah. Masyaallah, soalan yang cukup bagus  untuk dibincangkan. Sepertimana yang telah saya nyatakan dalam muqadimah  sebentar tadi, wanita haid boleh menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali  tawaf di baitullah. Oleh itu, wanita haid boleh menunaikan ibadah sa’ie. Berkaitan  dengan kawasan sa’ie yang  terletak dalam kawasan Masjidil Haram, ianya ada  khilaf yang mana ada pendapat yang mengatakan tempat sa’ie adalah dalam  kawasan Masjidil Haram. Namun begitu, dalam kes ini wanita haid diharuskan  memasuki kawasan itu semata-mata bagi menyempurnakan ibadah sa’ie, bukan  kerana tujuan lain. Dan ada pula pendapat yang mengatakan tempat sa’ie tidak  termasuk sebahagian dari Masjidil Haram kerana itu dibuat dinding pemisah di  antara keduanya walaupun dinding pendek. Tak disangsikan lagi bahawa hal ini  lebih baik bagi jemaah-jemaah haji dan umrah kerana andai kata dimasukkan  menjadi sebahagian dari Masjid nescaya kalau wanita dalam keadaan haid, di  antara tawaf dan sa’ie, maka tidak boleh baginya melakukan sa’ie. Mereka yang  memberikan fatwa  bahawa wanita dalam keadaan haid setelah tawaf dan sebelum  sa’ie boleh meneruskan sa’ie kerana tempat sa’ie tidak termasuk bahagian dari  Masjid. Soalan kedua dipersilakan.

 Penyoal 2 :Saya Syariffah Zahidah Tuan Ludin. Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan, memandangkan pil atau ubat penahan daripada datangnya haid semakin disebut-sebut dalam masyarakat lebih-lebih lagi bagi jemaah yang ingin menunaikan haji dan umrah, saya ingin bertanya, apakah hukum seorang wanita memakan pil atau ubat tersebut untuk mencegah dari kedatangan haid bagi membolehkan dia mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan sempurna?

 Ustazah   : Terima kasih Puan Syariffah. Hukum mengambil pil atau ubat penahan haid adalah  harus sekiranya dia yakin tidak mendatangkan mudarat kepada dirinya. Walau  bagaimanapun adalah lebih baik dia tidak memakan ubat pencegah haid kerana  kebanyakan ibadat haji dan umrah itu boleh dilakukan semasa dia dalam haid.  Namun, bagi yang sudah bersuami wajib mendapatkan keizinan daripada suaminya  sebelum mengambil keputusan untuk mengambil ubat pencegah haid itu. Jika tadi  ada yang bertanya berkaitan hukum mengambil ubat pencegah haid, adakah ada  soalan-soalan lain daripada penonton sekalian?

 Penyoal 3 : Saya Nur Farhana Salleh. Insyaallah, jika ada rezeki saya akan menunaikan haji  pada tahun ini. Oleh itu saya ingin tahu, sekiranya saya sudah mengerjakan  kebanyakan rukun dan wajib haji kecuali tawaf ifadhah kerana saya berhaid.  Bolehkah saya bertahalul sekiranya saya tidak sempat mengerjakan tawaf ifadhah  sebelum saya pulang ke tanah air?

 Ustazah : Subhanallah, syukur Alhamdulillah Allah luaskan rezeki Puan Farhana untuk  menjadi tetamunya di Baitullah, semoga dipermudahkan segala urusan. Baiklah,  tawaf ifadhah adalah satu daripada rukun haji yang wajib dikerjakan. Ibadat haji  tidak sempurna tanpa tawaf Ifadhah. Oleh itu, puan perlu bersabar dan menunggu  hingga darah haid puan kering dan kemudian mandi wajib bagi mengerjakan tawaf  ifadhah. Sekiranya puan terpaksa juga pulang ke tanah air, maka puan boleh  melakukan beberapa perkara seperti memakan ubat bagi mempercepatkan haid  berhenti ataupun sekiranya darah masih tidak berhenti dan puan tidak boleh  menangguh tarikh balik ke Malaysia, maka puan boleh bertahalul dengan  menyembelih satu ekor kambing kemudian menggunting rambut. Selepas itu, puan  boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa ihram. Namun begitu,  puan masih wajib menunaikan tawaf ifadhah pada masa lain secepat mungkin  apabila puan mampu. Soalan seterusnya.

 Penyoal 4 : Assalamualaikum ustazah. saya Nur Suhaili Mohd Ariffin, sekiranya pergi umrah  dan ketika melewati miqat saya pun kadatangan haid. Maka saya tidak berihram  dan berdiam diri di mekah sehingga suci, kemudian saya berihram dari makkah.  Bolehkah hal ini? dan apakah yang wajib saya lakukan?

 Ustazah : Waalaikumsalam, terima kasih puan Suhaili. perbuatan ini tidak boleh. Wanita   yang hendakmenunaikan umrah tidak boleh melewati miqat kecuali dengan berihram, walaupum dia dalam keadaan haid. Bila seorang wanita berihram dalam keadaan haid, maka sah ihramnya. Dalilnya bahawa Asma Binti Umais, isteri Abu    Bakar Radhiyaallahu anhu, melahirkan pada saat nabi Shallahuahu alaihi wasallam sedang berada di Dzulhulaifah hendak menunaikan haji wida'. Asma pun mengirim  surat kepada baginda menanyakan apa yang hendak dia perbuat.
 Sabda Baginda :             
        اِغْتَسِلِي وَاستَثْفِرِي بِثَوْبِ وَأَحْرِمِي
                 " mandilah dan ikatlah dengan kain, lalu berihramlah".


 Ustazah : Seterusnya, kita ambil satu panggilan telefon, mungkin ada soalan daripada   pemanggil. Hello, assalamualaikum, siapa di talian ?

 Penyoal 5 : Waalaikumusalam Ustazah, saya Halimah Harun dari Perak. Saya ada satu soalan  yang mana saya telah menunaikan ibadah haji pada tahun lepas tetapi saya masih  was-was dengan satu keadaan iaitu semasa saya bersiap bagi mengerjakan tawaf  wida’ sebelum meninggalkan Makkah , saya kedatangan haid sehingga haid saya  kering kerana saya tidak boleh menunda tarikh untuk saya pulang ke Malaysia. Jadi  saya telah pulang tanpa mengerjakan tawaf wida’. Apabila saya di Malaysia, ada  yang mengatakan saya perlu membayar dam. Macam mana itu ustazah ?

 Ustazah  : Terima Kasih Puan Halimah atas panggilan sebentar tadi. Alhamdulillah, tahniah  Puan Halimah kerana sudah selesai melaksanakan rukun islam yang kelima. Dalam  situasi puan ini, sebaiknya puan menunggu hingga haid kering dan seterusnya  mengerjakan tawaf wida’ sebelum berangkat pulang. Sekiranya tidak boleh tunggu,  maka puan boleh terus pulang tanpa mengerjakan tawaf wida’. Bagi wanita yang  tidak melakukan tawaf wida’ disebabkan haid tidak perlu membayar dam. Terdapat  beberapa hadis yang menyentuh tentang keringanan yang diberikan kepada wanita  yang haid daripada melakukan tawaf wida yang tidak langsung menyebut tentang  kewajipan membayar dam. Antaranya Ibnu Abbas melaporkan hadis berkaitan  yang bermaksud, “ Diperintahkan manusia pada akhir masa mereka berada di  Makkah mengerjakan tawaf di Baitullah, kecuali diberi keringanan kepada  perempuan yang haid.” ( Direkodkan oleh Bukhari) Baiklah, kita pergi ke soalan  yang terakhir.

  Penyoal 6  : Saya Aminah Husin ada satu soalan iaitu bagaimana pula dengan keadaan
                      seseorang yang kedatangan haid sebelum berniat ihram?

 Ustazah  :Terima kasih Puan Aminah. Ada kemungkinan jemaah haji wanita mengalami  kedatangan haid sebelum  beliau melakukan niat ihram. Sekiranya wanita  mengalami kedatangan haid seperti ini beliau tidak seharusnya berasa bimbang.  Beliau sebenarnya masih dibenarkan berniat melakukan ihram dengan melakukan  perkara berikut iaitu mandi sunat ihram, berniat ihram, sama ada sebelum sampai  di miqat atau selepas sampai di miqat, memakai pakaian ihram serta bertahmid,  bertasbih dan berzikir. Pada hakikatnya kedatangan haid dalam keadaan seperti ini  tidak menjejaskan ibadah haji.

 Ustazah    : Sebelum kita akhiri slot kita hari ini, ada baiknya saya kongsikan beberapa nasihat  bagi mereka yang mengalami haid atau berkemungkinan mengalami kedatangan  haid. Pertama, tidak digalakkan tinggal bersendirian di dalam bilik hotel. Adalah  dinasihatkan supaya berada di bilik jiran sebelah atau berada di lobi hotel sahaja. Ia  adalah sebagai langkah berjaga-jaga daripada keadaan yang tidak diingini  berlaku. Kedua, atas nasihat doktor, wanita yang mengalami istihadah atau  keputihan tidak digalakkan memakai tuala wanita kerana berkemungkinan besar  mengakibatkan kesan sampingan. Seterusnya wanita yang berkemungkinan  mengalami kedatangan haid digalakkan banyak berdoa semoga Allah memberi  kemudahan beliau melakukan ibadah haji dengan menjauhkan kedatangan haid  yang tidak menentu, terutama pada saat ibadat itu perlu dilakukan dalam keadaan  suci. Mereka tidak digalakkan membaca bacaan tertentu untuk menghalang  kedatangan haid, kecuali bacaan itu dipastikan sabit daripada hadis sahih. Ini bagi  tujuan menjauhkan jemaah haji daripada melakukan perkara khurafat yang sangat-  sangat ditegah syarak. Bagi wanita dalam keadaan haid dan tidak boleh melakukan  ibadat yang mensyaratkan suci daripada hadas, wanita terbabit digalakkan  melakukan banyak ibadat lain seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih, bertakbir  atau zikir lain.Pada hakikatnya, kedatangan haid bagi wanita bukanlah sesuatu  yang menyusahkan bahkan ianya tempoh Allah bagi untuk wanita merehatkan diri.  Ini kerana, tiada satu pun yang Allah ciptakan di dunia ini yang sia-sia termasuklah  ciptaan darah haid yang  jijik dan kotor ini. Akhirnya, saya doakan semoga kita  semua diberi hidayah dan jadikan hidupkita agar tidak pernah jemu mencari ilmu.  Kalau kita nak tahu kita di mana, lihat macam mana kita menggunakan masa kita  pada hari itu. Terima kasih kepada semua penonton yang saya hormati, InsyaAllah  ahli syurga semuanya InsyaAllah. Balik nanti, jangan lupa pertingkatkan ilmu  berkaitan ibadah haji dan umrah terutamanya bakal-bakal jemaah haji sekalian. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum    warahmatullahi wabarakatuh.




Perkongsian bersama Guru Pendidikan Islam

Segala kemahiran dan pengetahuan yang telah kami pelajari dalam kelas Teknologi dalam Pendidikan Islam, kami cuba aplikasikan untuk membantu salah seorang guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Kami telah menyediakan bahan bantu belajar berasaskan teknologi untuk membantu guru tersebut.

Di bawah disediakan slide yang berkaitan dengan maklumat guru tersebut iaitu nama, sekolah, tajuk yang sukar diajar serta sebab sukar diajar.

Untuk BAHAN BANTU MENGAJAR  Kami telah menyediakan slide power point untuk membantu guru tersebut dalam subjek Pendidikan Islam, bidang Ibadah dalam tajuk Solat Jamak dan Qasar beserta set induksi yang lengkap serta formula yang memudahkan pelajar untuk mengenalpasti perbezaan antara solat jamak takdim dan solat jamak takhir.

 

 Semoga apa yang telah kami sediakan ini dapat membantu para guru yang lain untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Set Induksi

Set induksi memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi dapat membantu guru dalam mengawal disiplin serta menarik minat pelajar ke langkah pelajaran yang seterusnya.

Berikut adalah 4 set induksi yang dihasilkan oleh kami berdasarkan tajuk : IBADAH HAJI DAN UMRAH BAGI WANITA YANG HAID. Set induksi ini  dihasilkan melalui aplikasi POWTOON














Friday, 28 November 2014

Latihan / kuiz / game

Berikut merupakan contoh-contoh soalan yang perlu kami sediakan. Soalan yang dihasilkan adalah untuk menilai dan mengukuhkan kefahaman murid. Soalan tersebut perlu dibina dalam tiga bentuk iaitu :

  1. latihan ( aneka pilihan ) dalam bentuk power point
  2. kuiz dengan menggunakan goggle form
  3. permainan / game : Socrative



KUIZ  ( SLIDE POWER POINT )




KUIZ ( GOOGLE FORM )

http://www.google.com/forms/about/

Kami juga menghasilkan soalan dalam bentuk goggle form.
Untuk menyertai kuiz ini, perlulah mengisi nama dan tingkatan serta dilakukan secara dalam talian.
Klik pada link di bawah :

KUIZ ( GOOGLE FORM)



KUIZ GAME ( SOCRATIVE )


Socrative merupakan satu aplikasi yang berbentuk permainan dalam talian.
Untuk login permainan socrative, perlulah masukkan password pada room name iaitu b41128eb


Klik pada link di bawah :

KUIZ GAME (SOCRATIVE)


Anda juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan aplikasi kuiz / game yang sesuai berdasarkan link di bawah :

APLIKASI KUIZ/GAME


Bahan bantu mengajar yang lengkap

Untuk tugasan seterusnya, kami diminta untuk mempersembahkan skrip/teks bahan bantu mengajar yang telah ditulis pada tugasan sebelum ini dalam bentuk video. Berikut merupakan hasil video yang telah kami sediakan.



Rancangan Pengajaran

Berikut adalah rancangan pengajaran harian bagi Subjek Pendidikan Islam, bidang Ibadah bawah sub tajuk "Masalah ibadah haji dan umrah bagi wanita haid "


  1.   



Kelas : 4 Bukhari

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Hari : Rabu ( 19 November 2014)

Masa :11.00 – 11.40 pagi

Bilangan Murid :15 Orang

Bidang : Ibadah

Sub Tajuk : Masalah ibadah haji dan umrah bagi wanita haid

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar mengetahui masalah ibadah fardu bagi wanita haid

Penerapan Nilai : Tekun, Kerjasama

Kemahiran :Menyebut dan mendengar

Gabung Jalin : Sains

Bahan Bantu Mengajar : Video dan Power point

Objektif Umum :
Pelajar dapat mengetahui masalah ibadah haji dan umrah bagi wanita haid

Objektif Khusus :


  1.  Pelajar dapat menentukan ibadah haji dan umrah yang boleh dilakukan bagi wanita haid
  2.  Pelajar dapat membezakan situasi-situasi yang perlu dihadapi bagi wanita  haid ketika haji dan  umrah

BIL.
LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
CATATAN
1
Set induksi
Video tentang haid ketika haji
Guru menayangkan video tentang ketika haji kepada murid

Guru menyoal murid tentang perkaitan video yang ditayangkan dengan perkara yang akan diajar.

Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru dengan tekun.

Murid memberi jawapan mereka tentang perkaitan video dengan perkara yang akan diajar oleh guru.

video
2
Langkah 1
Masalah haid ketika haji dan umrah
Guru menerangkan ibadah-ibadah haji dan umrah yang boleh dilakukan bagi wanita yang sedang haid dengan teliti.

Murid mendengar penerangan guru dengan penuh teliti dan tekun.
 Power point
3
Langkah 2
Bersoal jawab
Guru membuka soalan kepada murid untuk bertanya terhadap sesuatu situasi yang perlu dihadapi bagi wanita haid ketika ibadah haji dan umrah.

Guru menjawab soalan murid dengan betul dan tepat

Murid mengemukakan soalan kepada guru tentang situasi yang tidak diketahui oleh mereka.

Murid mendengar jawapan guru dengan baik.

4.
Langkah 3
Penilaian
Guru mengemukakan soalan situasi dan masalah wanita haid ketika ibadah haji dan umrah kepada murid.

Murid menjawab soalan guru.
Power point
5.
Penutup
Rumusan
Guru merumuskan tajuk secara keseluruhan dan mengaitkan juga dengan ibadah fardhu yang lain.
Murid mendengar rumusan yang dirumuskan oleh guru dengan baik.






Hasil pembelajaran


Berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) yang kami rangkakan, kami mengharapkan hasil pembelajaran yang diperolehi daripada proses pembelajaran dan pengajaran dalam bidang ibadah di bawah tajuk masalah ibadah haji dan umrah bagi wanita haid ialah pelajar dapat menentukan ibadah haji dan umrah yang boleh dilakukan bagi wanita haid samada wanita dalam keadaan haid boleh atau tidak mengerjakan tawaf, saie, wukuf di arafah dan sebagainya.

            Di samping itu, objektif yang ingin dicapai daripada proses P&P tersebut ialah pelajar dapat membezakan situasi-situasi yang perlu dihadapi bagi wanita haid ketika haji dan umrah. Berdasarkan objektif ini, guru boleh bersoal jawab dengan pelajar seperti bertanyakan soalan apakah yang perlu dilakukan oleh Jemaah wanita yang berada dalam keadaan haid apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.


            Hal ini demikian kerana, tajuk ini memainkan peranan penting dan perlu difahami oleh semua, bukan sahaja kaum wanita bahkan kaum lelaki juga perlu mengambil bahagian dalam permasalahan ini kerana haji yang mabrur hanya boleh dicapai apabila ibadah haji yang dilakukan itu sempurna dan diterima di sisi Allah.